Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

Thursday, 19 February 2009

Honeymoon

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 org anak perempuan yang sangat disayangi iaitu Siti, Seri, Murni dan Suri. Satu hari mereka berpakat utk kahwinkan anak2 ni serentak. Selepas selamat diijabkabulkan, ke-empat2 anak tu pun bercadang untuk pegi honeymoon. Siti pegi honeymoon ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman,Murni ke Pulau Kapas dan Suri ke Pulau Pangkor. Sebelum pegi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, “nanti jgn lupa hantar berita pada mak dan ayah. Ceritakan macam mana honeymoon korang. Tak payah tulis panjang2, pakai kod iklan aja dah cukup. Ringkas, padat dan cepat.” panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak2nya.
Seminggu lepas tu depa terimalah surat dari Siti yang bertulis ‘Standard Chartered’ . Tercari2lah kedua suami isteri ni iklan Standard Chartered dan bila jumpa tersenyum le kedua2nya membaca iklan yang bertulis “Besar, teguh dan peramah”.. Bahagialah Si Siti rupanya..
Esoknya terima pula surat Seri yang bertulis ‘Nescafe’. Carilah iklan Nescafe dan tersenyum lagi keduanya membaca iklan yang bertulis “Nikmatnya hingga ke titisan yang terakhir” Bahagialah Si Seri rupanya…
Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat Murni bertulis KFC’. Carilah iklan KFC dan tersenyum keduanya membaca iklan yang bertulis ‘Hingga Menjilat Jari’… Bahagialah Si Murni rupanya…
Seminggu berlalu, tiada surat dari Suri, Mak Minah dan Pak Mat dah risau. Dua Minggu… tak ada jugak.. masuk minggu ke tiga baru sampai surat dari Suri dengan isi kandungannya “AIR ASIA “. Bergegas le Mak Minah cari iklan penerbangan tu sbb tak sabar nak tau apa yg jadi kat anak bongsunya.Bila dibaca. Mak Minah dan Pak Mat terkulat2 tak tau nak senyum atau menangis.. Apa motto iklan itu…??
“7 KALI SEMINGGU..3 JAM SEKALI.. NON- STOP!!”

Nama orang jepun

1. Yang pemarah - KEJI CACIMAKI
2. Yang tak suka barang mahal - SATO SUKAMURA
3. Yang bisu - KITA TADASUARA
4. Yang suka makan tose - NANACHI HITOSI
5. Yang suka lagu blues - APO NADIKATO
6. Yang suka belajar - ASIKO ULANGKAJI
7. Yang kerap bikin ribut - WAKASI HURUHARA
8. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI
9. Yang suka sangat tido - MEKA TIDOMATI

Tuesday, 17 February 2009

kentut..

"1.Orang TIDAK JUJUR-Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

2.Orang BANGANG-Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

3.Orang BERWAWASAN LUAS-Orang yang tahu bila harus kentut.

4.Orang SENGSARA-Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

5.Orang MISTERIUS-Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

6.Orang GUGUP-Orang yang tiba-tiba menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.

7.Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI-Orang yang selalu mengira kalau kentutnya bau harum.

8.Orang SADIS-Orang yang kalau kentut di ranjang terus dikibaskan baunya ke ranjang orang lain.

9.Orang PEMALU-Orang yang kalau kentut tidak bunyi tapi lalu merasa malu sendiri.

10.Orang yang STRATEGIK-Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dengar.

11.Orang BODOH-Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti kentutnya yang keluar.

12.Orang PELIK-Orang yang kalau kentut di keluarkan sikit-sikit, sampai bunyi "tit-tit-tit"

13.Orang SOMBONG-Orang yang sering mencium kentutnya sendiri

14.Orang RAMAH-Orang yang senang mencium kentutnya orang lain.

15.Orang yang tidak senang BERGAUL-Orang yang kalau kentut sembunyi.

16.Orang AKUATIK-Orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi "blekuthuk-blekuthuk"

17.Orang ATLETIK-Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

18.Orang JUJUR-Orang yang mengaku kalau habis kentut

19.Orang PINTAR-Orang yg boleh menandai bau kentutnya org lain.

20. Orang MALANG-Orang yang nak kentut tapi terkeluar taik....

Anda yg mana satu??"

Sepuluh Ekor Anak Ayam

sepuluh anak ayam mandi dalam kolam
sekor tak pandai berenang tinggal lagi sembilan

sembilan ekor ayam melalak bukan bukan
sekor sakit tekak tinggal lagi lapan

lapan ekor ayam bergaduh dengan lipan
sekor masuk spital tinggal lagi tujuh

tujuh ekor ayam buat buat samseng tengah jalan
sekor kene lempang tinggal lagi enam

enam ekor ayam main mancis api
sekor terpanggang tinggal lagi lima

lima ekor ayam pegi sunway lagoon
sekor jatuh pensan tinggal lagi empat

empat ekor ayam pegi kubur mintak nombor
sekor kene sampuk tinggal lagi tiga

tiga ekor ayam pegi jalan jalan
sekor masuk longkang tinggal lagi dua

dua ekor ayam berbincang face to face(nak insaf ke tak)
sekor dah blah tinggal sekor ayam
ayam sekor ni..tak reti nak insaf
pagi pagi selalu kokok satu ari kene sepak terus jadi kiokkk!!

Lampu Suluh

Kisah ini adalah berkenaan Orang Sakit Mental di Hospital Bahagia Tanjung
Rambutan.

Ahmad telah menjalani rawatan hampir 5 tahun di Hospital Bahagia. Dan
melalui pemeriksaan yang dijalankan menunjukkan Ahmad dah makin pulih. Dan
Dr buat keputusan untuk benarkan Ahmad pulang. Ahmad dipanggil untuk
pemeriksaan terakhir.

"Ahmad saya nak tanya satu soalan sebelum saya benarkan Ahmad pulang. Kalau
Ahmad jawab eluk saya benarkan Ahmad pulang..kalau tidak Ahmad akan tunggu
sini sedikit masa lagi" Terang Doktor pada Ahmad.

"Baik Doktor Ahmad sedia menjawab" jawab Ahmad dengan tenang.

Doktor mengambil Lampu suluh dan menyalakannya..dan dihalakan ke
dinding..(cahaya lampu tersebut berbentuk bulat didinding bilik Doktor).

"Awak nampak cahaya tu" tanya Doktor

"Nampak Doktor" jawab Ahmad tersenyum.

"Awak panjat dan tangkap cahaya tu Ahmad" arah Doktor tu pada Ahmad.

"Kat Dinding tu?" tanya Ahmad tersenyum.

"Ye laaa" jawab Doktor.

"Hi hi hi saya tak gila lah Doktor......tak nak lah saya buat.." jawab Ahmad

"mm..oklah Ahmad..awak dibebaskan hari ini...awak lulus ujian saya.." Doktor
berpuas hati.

Ahmad pun keluar dengan bag nya diiringi oleh pembantu kesihatan ke pintu
gate.

"Tunggu tunggu Ahmad" Doktor memanggil balik Ahmad.

"Kenapa Ahmad tak nak panjat dinding tu Ahmad?" tanya Doktor tu sebagai
soalan terakhir.

"Hi hi hi...Doktor ingat saya bodoh ker Doktor.....kalau saya
panjat.....saya pegang cahaya tu....Doktor tutup lampu suluh tu nanti..tentu
saya akan terjatuh..." jawab Ahmad selamba

"mm..Ahmad tidur sini setahun lagi lah yer Ahmad" kata Doktor pada Ahmad.

"Baik nya doktor....." sukanya hati Ahmad.

Babai mak

Suatu petang di sebuah 'supermarket'....Seorang lelaki muda tengah berjalan di bahagian barang-barang dapur apabila dia terperasan seorang perempuan tua yang tengah memandangnya dengan mata yang tak berkelip-kelip.

Lelaki muda itu pun terasa pelik..dia terus berjalan ke bahagian buah-buahan tapi dari ekor matanya dia perasan lagi yang perempuan tua tu masih juga memandang dan mengekorinya. Last-last lelaki tu pun buat dek jer, sebab dia ingat dia yang perasan. Lepas mengambil dua tin sardin dan lima biji epal, lelaki muda tu pun berjalan menuju ke kaunter untuk membayar barang-barangnya tetapi di pertengahan jalan perempuan tua tadi tuh cepat-cepat memintas dan berdiri di depannya.

"maafkan makcik nak!!" kata perempuan itu. "Makcik minta maaf bebanyak kiranya anak tak selesa dengan pandangan makcik tadi. Makcik bukannya apa, cuma wajah anak ni serupa macam arwah anak makcik yang meninggal bulan lepas" Mendengarkan kata-kata perempuan tua itu barulah dia faham kenapa perempuan itu asyik aje memandangnya. Timbul rasa kesian di hati lelaki itu.

"Oh, begitu ke ceritanya makcik? maaflah saya tak tahu. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" tanya lelaki muda itu.

"Aaaa.... mak cik ada satu permintaan kecil kalau anak tak keberatan" kata perempuan itu. "... bila makcik dah nak jalan keluar boleh tak anak lambai dan cakap 'babai...mak!!'? Terubat betul rindu makcik jika anak dapat tolong sebab arwah anak makcik selalu buat macam tuh pada makcik".

"Oh boleh... takde masalah" kata lelaki muda tu. Setelah cashier memasukkkan semua barang-barangnya ke dalam plastik, perempuan tua itu pun berjalan keluar dan melambai tangannya ke arahlelaki muda itu. Lelaki muda itu pun melambaikan tangannya kembali dan melaung "Babai, mak!!!!".

Setelah memerhatikan perempuan tua itu hilang dari pandangan dengan hati yang kesian, lelaki itu pun bergerak ke cashier untuk membayar barang-barangnya.

"Jumlah semuanya RM130.70 ye encik," kata cashier supermarket tuh. Terkejut lelaki tu mendengar kata-kata cashier tuh.

"Eh, kenapa mahal sangat ni cik, saya beli barang sikit jer macamana pulak sampai seratus lebih ni?" tanya lelaki itu.

"Habis tuh mak awak kata awak nak bayarkan untuk dia sekali!" kata cashier tuh.

"Haah???????!!!!"....

Sunday, 15 February 2009

Tingkap Pecah

Ada seorang budak yang sedang bermain bola bersendirian. Ia menendang bolanya terlalu kencang dan memecahkan kaca tingkap rumah seorang wanita. Budak itu pun terus berlari ketika wanita itu keluar dan menjerit. Budak itu pun berfikir untuk datang mengambil bolanya semula. Ia lalu berfikir cara apa yang dapat dilakukannya.

Beberapa minit kemudian, budak itu pun mengetuk rumah wanita tadi dan berkata pada wanita tersebut, “Ayahku akan datang dan membetulkan tingkap tersebut.”

Dan memang datanglah seorang lelaki dengan kotak perkakas dan berkata pada wanita tersebut, “Maaf. Saya mau membetulkan tingkap anda…”

Wanita itu pun mempersilahkan lelaki tersebut masuk untuk membetulkan tingkapnya. Sedang lelaki tersebut membetulkan tingkap, budak tadi meminta bolanya kembali. Wanita itu pun memberikannya sambil berpesan agar lain kali hati-hati. Budak itu pun pulang.

Setelah selesai membetulkan tingkap, lelaki tadi terus meminta wang upah dari wanita tersebut. Wanita itupun terkejut dan berkata, “Bukankah anda ayahnya?”

Lelaki itu pun berkata, “Apa, bukankah anda ibunya?”

Shampoo, Sabun dan Ubat Gigi Baba

Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut.

“Sabun mana yang anda gunakan selama ini?”

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, “Sabun Baba.”

“Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?”

“ Deodorant Baba,” jawab pelajar itu.

“Minyak wangi?”

“Minyak Wangi Baba.”

“Shampoo?”

“Shampoo Baba.”

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, “Ok, apakah jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat.”

Pelajar itu menjawab, “Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba itu rakan sebilik saya.”

Jack, Queen dan King

Cikgu bertanya kepada murid-muridnya, “Siapa yang pandai membilang?”

Seman mengangkat tangan.

“Betul ke kamu pandai membilang?”

“Tahu Cikgu. Ayah yang ajar.”

“Baik, cuba kita lihat. Selepas tiga, berapa?”

“Empat.”

“Bagus. Selepas enam?”

“Tujuh.”

“ Selepas sembilan?”

“Sepuluh…”, jawab Seman.

“Bagus sekali. Rupanya ayah kamu benar-benar tahu bagaimana mengajar membilang. Selepas sepuluh berapa?” tanya Cikgu lagi.

Dengan senyum penuh keyakinan, Seman menjawab, “Jack, Queen, dan King.”