Tuesday 17 February 2009

baca sampai abis.. janji tau....

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil
>> membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.

>> > "Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut.

>> > "Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana ....


>> dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

>> > "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Julia hanya tersenyum melihat
>> suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.
>> "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"

>> > "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali
>> ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Ahmad berkata kepada isterinya
>> tercinta.
>> > Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat
>> jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan
>> isterinya, Julia. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Ahmad berkata
>> dalam hati.

>> > Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama
>> keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar
>> untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda
>> Civicnya mula memecut.Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua
>> kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap
>> pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

>> > "Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Julia terjaga dari
>> tidurnya.

>> > "Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung
>> nanti."

>> > "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.... jangan laju sangat bang,
>> Julia takut." Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan
>> kenderaannya.

>> > "Rileks Julia, tak ada apa-apa," Ahmad terus memotong bas ekspres di
>> depannya tanpa was-was.

>> > "Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Ahmad setelah berjaya
>> memotong bas ekspres tadi.

>> > "Sudah la tu bang."

>> > "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia
>> aaa...." Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke
>> lantai. Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya
>> tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!.

>> > "Julia....bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya.

>> > Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana abang Ahmad
>> mak? Macammana dengan suami saya, mak? Liza, Linda....mana anak-anak saya
>> mak?" Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan
>> kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya
>> memandang Julia tepat-tepat.

>> > "Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?" Julia masih terus
>> menangis.

>> > PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia
>> terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

>> > "Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, study pun malas,
>> kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu
>> la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar
>> pun dah nak habis!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar.......

>> dan Julia tersengih keseorangan.Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! "

No comments:

Post a Comment